1. Berdasarkan video-video berkaitan ilmu
ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih
lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
Tamadun
Melayu dan Islam merupakan asas Tamadun Malaysia, maka mempertahankan warisan
budaya tamadun Islam adalah langkah pertama untuk memastikan Tamadun Malaysia
bertahan lama. Berikutnya adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
-Setiap
muslim perlu melengkapkan diri dengan ilmu tauhid, syariah dan tasawif Islam
daripada guru yang mursyid.
-Amalan
yang bertentangan dengan akidah Islam hendaklah ditolak dan dijauhi.
-Sastera
Melayu yang mencerminkan falsah hidup dan nilai-nilai serta sikap masyarakat Melayu
pada masa dahulu haruslah diimplimentasikan dalam system pendidikan.
Tamadun
Cina merupakan tamadun yang terawal di dunia. Oleh sebab itu, pengajaran
daripada tamudun ini perlu dipelajari agar dapat memastikan Tamadun Malaysia
dapat bertahan lama. Berikutnya adalah beberapa yang boleh diambil:
-menegaskan
sistem pendidikan di Malaysia, sebagaimana Tamadun Cina yang terkenal dengan
sistem peperiksaannya.
-Perayaan
berperanan sebagai pengikat tali kekeluargaan. Jadi, masyarakat Malaysia wajar
memeriahkan hari perayaan bersama ahli keluarga walaupun sibuk. Keluarga yang
bahagia dan harmoni merupakan asas pembangunan sesebuah negara.
-Ajaran
falsafah China seperti Konfusianisme dan Taoisme hendaklah diajar oleh ibu bapa
dan guru-guru sejak kecil lagi. Hal ini kerana tatetertib moral yang diajar
oleh ahli falsafah China dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat
jika dipatuhi oleh setiap individu.
Seterusnya,
Tamadun India juga menyumbang kepada perkembangan Tamadun Malaysia. Dalam
Tamadun India, wanita dihormati dan diberi kebebasan sama dengan kaum lelaki
pada Zaman Veda Awal. Pada pendapat saya, zaman kini haruslah mengamalkan
konsep tersebut. Dengan ini, saya mencadangkan beberapa caranya:
-
tidak mengehadkan peranan wanita sebagai rumah tangga sahaja dengan memberi
peluang kepada kaum wanita dalam kerjaya.
-membantu
wanita yang menjadi mangsa keganasan dan ditinggalkan suami serta sedia
mempertahankan hak wanita.
Secara
keseluruhan, ceramah, forum, pameran dan lain-lain lagi yang dapat menyedarkan
masyarakat Malaysia tentang pengajaran daripada Tamadun Islam, Melayu, Cina dan
India perlulah diadakan. Pendidikan daripada pihak ibu bapa dan pihak sekolah
juga berperanan penting.
2.
Dalam
kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan
dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal
ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang
Cina di Malaysia? Apakah pandangan orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan
bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Berdasarkan
pandangan orang Cina, agama Islam sebenarnya telah memberikan sumbangan yang
besar terhadap keamanan dan kemajuan tamadun dunia. Pada zaman keagungan Islam,
masyarakat manusia pelbagai agama telah hidup dengan aman dan makmur di bawah
pemerintahan Islam. Mereka bukan sahaja menikmati kehidupan yang bahagia
sebagai rakyat biasa, malah ada antara mereka yang dilantik sebagai pembesar
atau menteri yang diberikan kuasa-kuasa tertentu dalam pemerintahan negara
Islam.
Sehubungan itu, pandangan bangsa-bangsa lain tidak bersetuju dengan
statemen bahawa agama Islam ialah agama keganasan. Rasulullah s.a.w. telah
menunjukkan contoh yang sangat baik dalam hal ini. Semasa Baginda memerintah
negara Islam Madinah, kota Madinah turut didiami oleh orang bukan Islam. Namun,
Baginda telah mewujudkan satu kontrak sosial yang dikenali sebagai Piagam
Madinah yang menjamin hak-hak orang bukan Islam dalam negara Islam Madinah
untuk hidup dengan aman damai dan menjalani ajaran agama mereka tanpa gangguan. Orang Melayu di Malaysia
berpendapat bahawa perkara ini hanya berdasarkan kepada satu atau beberapa
peristiwa keganasan yang hanya disyaki dilakukan oleh segolongan kecil
penganutnya pada zaman mutakhir ini. Ajaran al-Qur’an dan petunjuk
al-Sunah inilah yang memandu masyarakat Islam dalam membentuk sikap dan
hubungan yang baik serta adil dengan masyarakat bukan Islam pada sepanjang
sejarah. Dengan itu, beberapa peristiwa yang berlaku mutakhir ini tidak wajar
dijadikan asas untuk mendakwa Islam sebagai agama keganasan.
3. Kamu seorang sasterawan negara dan
dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.
Tamadun setiap bangsa yang unggul,
Memberi kita ilmu dan pengajaran,
Dan melahirkan bangsa yang hebat.
Tamadun setiap bangsa yang unggul,
Menjadi panduan kepada pemimpin dan
rakyat,
Demi membentuk Tamadun Malaysia yang
aman.
Tamadun setiap bangsa yang unggul,
lahirlah tamadun Malaysia pada hari
ini,
Tapi makin dilupai oleh generasi zaman
ini.
Zaman ini zaman globalisasi,
Marilah kita bersama-sama
mempertahankan Tamadun Malaysia,
agar kita dapat terus cemerlang,
gemilang dan terbilang!
4. Dalam mana-mana tamadun, mesti ada
perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan
sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti bersatu semula demi
masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Apabila sesebuah negara terdiri
daripada berbilang kaum yang berasal daripada tamadun yang berbeza, semua orang perlu bersatu padu. Pada masa
ini, semangat toleransi amatlah penting. Setiap orang harus berfikir daripada
perspektif orang lain, dan cuba memahami pandangan orang lain, perbincangan
amat diperlukan agar dapat sebulat suara dalam sesuatu perkara. Apa gunanya
kalau tidur sama bantal, tapi mimpi lain-lain? Orang asing mungkin akan
mengambil mudah kita semua orang tidak bersatu hati. Sebenarnya, perbezaan
antara tamadun mungkin dapat membawa kebaikan juga, sebagai contoh, kami dapat
mengimplikasikan ilmu pengetahuan tamadun lain dan bersama-sama melahirkan
sebuah negara yang lebih kuat.
No comments:
Post a Comment