Tuesday, 11 October 2016

TUGASAN INDIVIDU (iFolio) - Nor Haziqah Binti Mohd Shahrum (A152987)

1.       Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

-   Pemimpin yang adil
-   Menjaga ekonomi kewangan
-   Rakyat hidup dalam keadaan aman
-   Kreatif dan inovasi dalam mencipta sesuatu perkara
-   Peka terhadap teknologi semasa
-   Menjadikan rakyat Malaysia yang berintelektual tinggi
-   Berdaya saing dengan negara – negara hebat yang lain
-   Mengutamakan sistem pendidikan yang berkualiti dan sistematik
-   Berakhlak mulia tidak mengira kaum, bangsa dan agama
-   Melaksanakan undang – undang dengan telus dan amanah

2.       Dalam kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang Cina di Malaysia? Apakah orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?

Pada pandangan orang Melayu yang beragama islam, mereka mengatakan bahawa keganasan dan jihad adalah dua perkara yang berbeza. Agama islam tidak menyuruh penganutnya melakukan keganasan terhadap orang lain tanpa sebab yang munasabah. Bahkan dalam sesuatu peperangan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi seperti tidak memusnahkan tempat ibadat agama lain. Orang yang berjihad pula tidak akan melakukan keganasan dan kezaliman sesuka hati. Mereka hanya berjihad untuk mempertahankan Islam. Bagi pendapat bangsa dan agama yang lain, sebahagian daripada mereka menyatakan Islam adalah pengganas. Peristiwa – peristiwa seperti 11 September dan pengeboman di Paris menyebabkan mereka berkata sedemikian. Namun begitu, sesetengah daripada mereka berkata bahawa agama Islam bukan agama pengganas. Walaupun persitiwa – peristiwa di atas membabitkan orang Islam tetapi mereka tidak menyalahkan orang Islam secara keseluruhannya.

3.       Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.

Setiap kemajuan dimulai dengan sesuatu,
Majunya kita kerana tamadun terdahulu,
Tanpa budi pekerti,
Tanpa perkembangan manusia,
Tanpa undang – undang,
Tanpa pembangunan pemikiran,
Tiadalah kemajuan,
Bermula tamadun dengan masyarakatnya,
Terus berkembang dengan sistem organisasinya,
Terus maju hingga ke anak cucu,
Bersyukurlah dengan ketamadunan ini,
Tanpa mereka siapalah kita

4.       Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.


Rakyat Malaysia mestilah berbincang dan bermesyuarat dalam mencapai sesuatu keputusan yang tepat. Ini kerana perbincangan dapat menghasilkan keputusan yang terbaik kepada semua orang. Selain itu, rakyat juga seharusnya berusaha menjadi modal insan terbilang dan memiliki pesonaliti yang unggul. Secara tidak langsung dapat menjaga keamanan negara yang berbilang kaum. Rakyat juga perlu mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan melibatkan diri dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan amat penting dalam menyatukan rakyat kerana dapat melahirkan insan – insan yang hebat di mata dunia. Di samping itu, rakyat seharusnya mengelakkan diri daripada kancah- kancah negatif. Gejala negatif yang berlaku sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepercayaan antara satu sama lain dan sukar untuk bersatu.

No comments:

Post a Comment