1.
Berdasarkan
video-video berkaitan ilmu ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun
Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan
lain-lain faktor.
·
Generasi muda pada hari ini seyogianya
mematuhi ajaran agama dan mengukuhkan perasaan cinta akan negara.
·
Generasi sekarang juga haruslah
menguasai ilmu pengetahuan dan segala bidang kemahiran supaya dapat setanding
dengan negara-negara yang maju bagi mencapai wawasan 2020 seperti yang
diimpikan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad.
·
Rakyat Malaysia haruslah mengeratkan
perpaduan bangsa demi mempertahankan kedamaian dan keselamatan negara daripada
ancaman luar dan mengamalkan sikap bertolak ansur sesama yang lain.
·
Menghindari budaya negatif yang dibawa
oleh masyarakat Barat juga merupakan salah satu cara untuk mempertahankan
Tamadun Malaysia.
·
Rakyat juga haruslah memelihara jati
diri dan mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar.
·
Generasi muda haruslah bersifat daya
saing dan berani menanggung risiko bagi memajukan ekonomi negara untuk
keperluan pada masa hadapan.
·
Rakyat haruslah menunjukkan dan
mengamalkan sikap persefahaman kaum bagi membentuk masyarakat majmuk dalam
kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
·
Generasi muda haruslah bersifat
dinamik dan gigih serta kreatif dan inovatif bagi mencipta dan menghasilkan
teknologi baru yang dapat memberikan impak kepada negara seterusnya dapat
menandingi kecanggihan teknologi di negara-negara lain.
·
Sistem pentadbiran kemas dan teratur
seharusnya diwujudkan oleh pemimpin dan pemimpin haruslah menjalankan
pentadbiran mengikut protokol.
·
Pemimpin dalam sesebuah tamadun
haruslah menjaga hak asasi rakyat dan melaksanakan hukuman yang adil bagi
menjaga kedamaian sesebuah tamadun.
2. Dalam kalangan sebahagian media
Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan
perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai
etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang Cina di Malaysia?
Apakah orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan bangsa-bangsa lain di
Malaysia?
Terdapat beberapa peristiwa keganasan
yang berlaku secara global telah menakutkan ramai pihak. Hal ini dikatakan
demikian kerana keganasan atau ‘terrorism’ melibatkan pembunuhan manusia secara
tidak sah dan tidak beretika. Terdapat beberapa pandangan tentang Jihad dari
pelbagai bangsa contohnya :
Orang
Cina : Mereka bersifat ‘Islamophobia’ sebagai akibat
takut akan keganasan ini. Namun sebahagian besar daripada mereka tidak
berfikiran prejudis terhadap semua masyarakat Muslim. Mereka berpendapat bahawa
orang yang melibatkan diri dalam ancaman ini sebagai seorang yang kekurangan
moral dan bertindak dalam keadaan terdesak. Namun, mereka tidak menyifatkan
Jihad ini sebagai sebuah keganasan kerana mereka memahami tentang konsep Jihad
yakni memperjuangkan keselamatan dan kedamaian negara dari tangan kuasa asing.
Orang
Melayu : Pada pandangan orang Melayu, mereka menyifatkan
Jihad itu adalah sesuatu yang dapat membawa kepada kedamaian. Hal ini dikatakan
demikian kerana Dalam kamus bahasa Inggeris (Oxford Reference Dictionary) Jihad
diertikan sebagai ‘perang untuk melindungi Islam dari ancaman external atau
untuk siar agama di antara kaum kafir.’ Seperti yang berlaku pada zaman
sekarang, terdapat banyak kes-kes jenayah seperti mencuri, merompak, merogol
dan sebagainya yang berlaku sebagai akibat kurangnya kuasa undang-undang yang
memberikan balasan setimpal kepada penjenayah. Sekiranya jihad diadakan,
kes-kes seperti ini akan berkurangan kerana hukuman yang setimpal akan
diberikan dan penjenayah akan berasa insaf untuk mengulanginya lagi. Jihad
membawa sebuah kedamaian dan keselamatan kepada rakyat.
Bangsa
lain : Pada pandangan mereka, mereka melabelkan setiap
Muslim sebagai stigma pengganas. Sebagai contoh, di negara Amerika, mereka
menganiayai dan menentang masyarakat Islam kerana mereka menganggap Muslim itu
sebagai pengganas. Mereka tidak mempercayai tentang Jihad yang membawa kepada
sebuah kedamaian sebaliknya mencetuskan peperangan terharap orang-orang Islam
yang berakhirnya dengan sebuah pembunuhan.
3.
Kamu
seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan
isu-isu ketamadunan.
Isu : Pemerintahan
dalam sesebuah tamadun.
Gersangnya
tanah,
Tandusnya
kehidupan
Di
manakah cahaya,
Di
manakah sinar?
Adakah
ini silap ku,
Adakah
ini khilaf ku?
Kuasa
melalaikan ku,
Mengaburi
mata ku dari realiti.
Betapa
goyahnya akar ku,
Betapa
kencangnya angin luar.
Namun
ku alpa dengan semuanya,
Sebuah
hasrat terkubur,
Tamadun
ku runtuh kerana ku.
4. Dalam mana-mana tamadun, mesti
ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan
sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti bersatu semula demi
masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
· Dalam
keadaan ketika tamadun asing cuba memporak-perandakan negara dengan campur
tangan mereka dari segi politik, ekonomi, dan sosial yang mempengaruhi
kehidupan dan keharmonian rakyat.
· Ancaman aliran pemikiran asing dan rempuhan
arus globalisasi yang tidak terkawal yang dapat memundurkan negara dari
pelbagai aspek.
· Semua orang seyogianya bersatu semula ketika
ingin memajukan tamadun contohnya, meluaskan lagi ekonomi pelancongan dan
sebagainya ke serata dunia.
· Ketika peperangan tercetus yang dapat membahayakan
dan meragut nyawa jika tiada tindakan diambil.
No comments:
Post a Comment