Sunday, 9 October 2016

TUGASAN INDIVIDU (iFolio) - Farah Nadiah Binti Amir (A153820)

1. Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learning dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

      Pada pendapat saya, antara 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasus dan lain-lain faktor adalah:

1.            Bersatu padu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.
2.            Setia kepada pemerintah dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
3.            Memahami sejarah atau masa silam dan mengambil pengajaran darinnya agar tidak diulangi pada masa hadapan.
4.            Mengembangkan bidang pendidikan dan keilmuan di Malaysia bagi melahirkan rakyat yang berfikiran kreatif dan inovatif sekali gus dapat membangunkan Negara.
5.            Mengamalkan nilai-nilai murni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
6.            Menerima dan menyokong perubahan dan kemajuan dalam apa jua struktur seperti politik, ekonomi dan social.
7.            Menjalinkan hubungan antara jiran tetangga, dan saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain bagi mengeratkan ukhuwah.
8.            Berinteraksi dengan rakyat dari Negara lain bagi memperluaskan ilmu perngetahuan.
9.            Menjaga sumber berharga dalam Negara seperti biji timah, emas, pokok kayu jati dan harimau agar anak-anak pada masa hadapan dapat melihat alam semulajadi.
10.       Menjaga kebersihan dan kesihatan.

2.                        Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?

       Pada kajian temuduga saya, pada pendapat orang Cina di Malaysia adalah hal ini tidak seharusnya berlaku kerana setiap orang mempunyai hak masing-masing untuk mempercayai agama islam mahupun tidak. Malahan kita tidak mempunyai hak untuk memburuk-burukkan agama lain kerana perbuatan itu dilarang dalam setiap agama atau kepercayaan.

       Pada pendapat orang melayu pula iaitu orang beragama islam, katanya bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia terdiri daripada orang beragama islam. Oleh hal yang demikian, jika propaganda barat ini terus meluas di dalam Malaysia, ianya boleh memecahbelahkan perpaduan antara agama.


       Manakala pada pendapat bangsa lain iaitu bangsa iban dengan tegasnya beliau berkata bahawa kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berusaha untuk tidak mempercayai propaganda dan tidak menyertai aktiviti ancaman itu sendiri malah berjuang untuk mempertahan perpaduan rakyat Malaysia.

3.     Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.

Malaysia,

Kau tanah tumpah darahku,

Di sini aku dilahirkan ,

Di sini jua aku dibesarkan,

Malaysia,

Akanku pertahankan cinta ini,

Demi kesetiaanku padamu,

Akanku tempuh onak duri,

Demi untukmu Malaysiaku,

Malaysia,

Percayalah pada janjiku ini,

Akanku tunaikan sehingga darahku mengalir ke titisan terakhir,

Demi untukmu,

Malaysiaku

Farah Nadiah

4 Oktober 2016

4.          Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

       Setelah berdiskusi bersama rakan-rakan saya, kami bersependapat bahawa terdapat beberapa keadaan semua rakyat Malaysia bersatu semula demi masa depan tamadun. Antaranya ialah apabila pergaduhan akibat salah faham dan perbezaan pendapat. Selain itu, apabila perbincangan melibatkan masa hadapan sesebuah negara dan mengenai memajukan bidang pendidikan. Semua orang juga perlu bersatu semula apabila berlakunya pergaduhan yang melibatkan campur tangan pihak asing.

No comments:

Post a Comment