1. Berdasarkan video-video berkaitan ilmu
ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih
lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1.
Kedudukan
politik yang kukuh
2.
Perpaduan
rakyat yang kuat
3.
Menghayati
nilai keagaaman dan budaya
4.
Penghayatan
tinggi terhadap nilai moral dan kemanusiaan
5.
Pengalaman
kesengsaraan hidup supaya dapat belajar dari kesilapan
6.
Mempunyai
sikap toleransi yang tinggi terhadap satu sama lain
7.
Kearah
keadilan
8.
Membanteras
perilaku yang zalim dan tidak jujur
9.
Terbuka
kepada perubahan
10. Mengambil
serius tahap pendidikan dan menjadikan ilmu sebagai benteng negara.
2. Dalam kalangan sebahagian media
Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan
perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai
etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang Cina di Malaysia?
Apakah orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan bangsa-bangsa lain di
Malaysia?
Pandangan orang India:
Sebelum kamu menjelaskan maksud sebenar jihad, saya turut terpengaruh dengan
persepsi yang dibawa oleh media Barat bahawa Islam adalah agama keganasan.
Namun begitu, kini setelah saya fahami, saya tidak setuju apabila Islam
dikaitkan dengan agama keganasan. Ini adalah kerana berdasarkan pemerhatian
saya selama saya berkawan dengan kawan-kawan Islam, mereka sering mengelak dari
melakukan keganasan, bahkan melarang.
Pandangan orang Cina: Walaupun
saya juga sedikit terpengaruh namun begitu, saya beranggapan setiap agama
mempunyai kelemahan dan kebaikan tersendiri yang dibawa oleh penganutnya bukan
agamanya. Sikap penganutnya mencerminkan sifat agama tersebut.
Pandangan orang Melayu:
Masyarakat pada zaman sekarang mudah terpengaruh dengan apa-apa yang dibawa
oleh pihak media. Jihad itu indah, namun telah dirosakkan maksudnya oleh
sebahagian pihak ‘extereminist’ dan seterusnya member impak negatif kepada
agama kita.
3. Kamu seorang sasterawan negara dan
dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.
Tamadunku,
Tamadun Islamku,
Tamadun Cinaku,
Tamadun Indiaku,
Tamadun apa sekalipun,
Tetap tamadun negaraku.
Aku seru rakyat Malaysia,
Bersatu bersama-sama,
Tetap berpimpinan tangan
bersama-bersama,
Menyimpan sejarah tamadun kita
bersama-sama,
Kemas walaupun globalisasi menghimpit
kita.
4.
Dalam
mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi
kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti
bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Walaupun
terdapat pelbagai perbezaan pendapat dan parti politik, semua orang mesti
bersatu semula apabila sebagai contoh negara tersebut mengalami dugaan seperti
malapetaka banjir atau gempa bumi. Semua orang haruslah bersatu berganding bahu
untuk menolong mereka yang terjejas akibat malapetaka tersebut dan berusaha untuk
mengembalikan pembangunan tempat tersebut. Sebagai contoh di Jepun selepas
serangan bom di Hiroshima di mana mereka menolong satu sama lain selepas
tragedy tersebut sehingga negara
tersebut pulih. Selain itu, semua orang perlu bersatu semula apabila
terdapat sesuatu isu timbul yang boleh memecahbelahkan perpaduan dalam sesuatu
negara tersebut. Contohnya di Malaysia, apabila rusuhan kaum berlaku pada 13
Mei 1969. Sebagai rakyat yang bertamadun dan belajar dari kesilapan, rakyat
seharusnya sedar kepentingan perpaduan dalam negara kita dan berusaha
bersama-sama untuk membanteras sebarang ideologi yang boleh menyebabkan rusuhan
kaum.
No comments:
Post a Comment