1.
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan,
senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada
keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1.
Mengukuhkan
ikatan silaturrahim antara rakyat yang berbilang kaum dan bangsa.
Bak kata
pepatah”Bersatu teguh, bercerai runtuh”, semangat bersatu padu antara rakyat merupakan
teras kepada pembangunan sesebuah negara/tamadun dalam mewujudkan keamanan dan
kemakmuran hidup masyarakat.
2.
Menjadikan
agama sebagai pegangan hidup masyarakat.
Sebagai sebuah
negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan kaum, agama telah
menjadi panduan yang penting kepada semua rakyat dalam mewujudkan kehidupan
yang bertamadun dan saling menghormati.
3.
Mementingkan
aspek pendidikan dalam pembangunan negara.
Untuk
mempertahankan Tamadun Malaysia daripada keruntuhan, generasi yang berkaliber
dan bijaksana adalah amat diperlukan. Oleh itu, sebagai pemimpin negara, usaha
mendidik generasi muda harus sentiasa dijalankan supaya semua rakyat mempunyai
peluang pendidikan untuk memajukan diri dan bangsa.
4.
Menggalakkan
bidang teknologi dan inovasi dalam masyarakat.
Untuk
menggelakan Tamadun Malaysia daipada disingkir oleh gelombang globalisasi,
negara Malaysia harus sentiasa memajukan diri dalam bidang teknologi. Oleh itu,
negara Malaysia harus menggalakkan penggunaan teknologi dalam masyarakat, dan
pada yang sama menggalakkan inovasi teknologi baru daripada masyarakat
Malaysia.
5.
Menjana ekonomi
yang stabil dalam negara.
Ekonomi
merupakan elemen yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Oleh itu,
negara Malaysia harus berusaha memajukan ekonomi negara supaya tamadun Malaysia
dapat diperkembangkan.
6.
Memajukan
bidang pertanian dalam negara.
Bidang
pertanian merupakan sumber makanan negara. Dalam zaman yang mana kebuluran
merupakan fenomena biasa, Malaysia harus berusha memajukan bidang pertanian
supaya negara kita tidak perlu bergantung kepada negara lain untuk sumber
makanan.
7.
Mewujudkan
kestabilan politik dalam negara.
Keamanan
sesebuah masyarakat bergantung kepada kestabilan politik negara. Oleh itu,
pemimpin-pemimpin Malaysia harus sedar akan tanggungjawab mereka dalam
mengekalkan kesejahteraan hidup masyarakat.
8.
Mengukuhkan
keselamatan negara daripada ancaman musuh.
Jabatan
tentera, polis dan keselamatan negara memainkan peranan penting dalam
mempertahankan Malaysia daripada ancaman musuh.
9. Mempertahankan keadilan
undang-undang dalam negara.
Undang-undang
adalah teras dalam pembentukan dan pembangunan sesebuah tamadun. Keadilan
undang-undang harus sentiasa dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia supaya kepentingan
setiap lapisan masyarakat dapat dijaga.
10. Menjalin hubungan diplomatik dengan
negara/tamadun lain
Interaksi
antara negara/tamadun dapat menyarankan keamanan antara satu sama lain serta
menggalakkan perkongsian ilmu untuk kemajuan negara/tamadun dan kepentingan
bersama.
2. Dalam
kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan
dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal
ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang
Cina di Malaysia? Apakah orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan
bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Dalam kalangan sebahagian media barat, mereka cuba
menonjolkan Islam sebagai agama keganasan dan mengait agama Islam dengan
perkataan Jihad. Untuk itu, saya telah menemu duga beberapa orang kawan saya
yang terdiri daripada pelbagai etnik untuk mengetahui pandangan mereka terhadap
Jihad.
Sahabat pertama yang saya temu duga merupakan
seorang pelajar perempuan India Muslim dari fakulti sains kesihatan. Pada
pandangannya, dualisme makna jihad memang bukan persoalan baru. Dalam wacana
pemikiran Islam, ada dua makna jihad yang selalu dipertentangkan, yakni antara
jihad dengan cara-cara damai (silmi) dan jihad lewat peperangan (harbi).
Sepanjang sejarah Islam, kaum Muslim bersaing dalam memperebutkan kedua makna
ini. Sementara kaum “Muslim moderat” berusaha memberikan citra positif terhadap
istilah jihad, kaum “Muslim radikal” memberikan citra yang keras dan cenderung
negatif terhadap konsep ini. Walaubagaimanapun, pernyataan positif terhadap
jihad itu tetap penting, paling tidak untuk mendukung kampanye anti terorisme
dan kekerasan atas nama agama yang dilakukan oleh pemerintah dan tokoh-tokoh
Muslim moderat selama ini. Beliau berpendapat bahawa publik akan menilai
sendiri apakah para tokoh Islam radikal itu sedang bersandiwara atau memang betul-betul
berbicara atas nama kejujuran dan hati nurani.
Sahabat kedua yang saya temu duga adalah seorang
pelajar lelaki berbangsa Cina daripada fakulti sains kesihatan. Pada
pandangannya, dengan adanya pelbagai peristiwa yang dilakukan oleh para teroris
yang mengaku sebagai Mujahid dengan membawa kata-kata jihad telah membuat
masyarakat mulai membenci kata jihad itu sendiri. Dalam hubungannya, kebanyakan
masyarakat menganggap bahawa kata jihad sangat identik dengan aksi terorisme
yang selama ini meresahkan kebanyakan masyarakat Indonesia pada khususnya.
Namun begitu, beliau berpendapat bahawa jihad itu asalnya merupakan sesuatu
ilmu yang baik dalam konteks agama Islam. Isu-isu terorisme yang berlaku
hanyalah disebabkan oleh pemikiran agresif pihak radikal terhadap ‘perjuangan’
jihad. Oleh itu, pandangan positif
saudara terhadap jihad tidak dipengaruhi oleh isu-isu terorisme
Sahabat yang terakhir saya temu duga pelajar
perempuan India daripada fakulti pergigian. Pada pandangannya, semua agama
diwujudkan untuk menyampaikan pengajaran yang positif kepada semua insan. Oleh
itu, beliau percaya bahawa konsep jihad itu mesti bertujuan untuk memanfaatkan
seseorang. Tetapi sedihnya, selalunya terdapat pihak yang radikal
menyalahtafsirkan sesuatu konsep sehingga memudaratkan kesejahteraan
masyarakat. Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa tokoh-tokoh Islam harus
memainkan peranan penting dalam menerangkan maksud dan tujuan jihad yang betul
dan lurus kepada semua orang termasuk rakyat bukan muslim kerana beliau mengaku
secara jujur bahawa beliau juga tidak mempunyai pemahaman yang dalam
terhadap konsep jihad ini. Tambahan
pula, perbuatan demikian juga diharapkan dapat mengurangkan penambahan
radikalis dalam isu jihad ini.
Selepas temu duga saya dengan rakan-rakan saya, saya
telah mendapat kesimpulan bahawa mereka mempunyai pandangan yang objektif dan
rasional terhadap perkataan jihad ini. Mereka percaya jihad tidak akan
mempengaruhi mereka untuk menganggap agama Islam sebagai agama keganasan.
Perbuatan-perbuatan terorisme pihak radikal yang mempengaruhi pandangan orang
terhadap agama Islam adalah tidak adil. Namun begitu, kita tidak boleh
menafikan bahawa isu-isu terorisme berlaku mungkin disebabkan maksud yang
‘kabur’ perkataan jihad. Oleh itu, pelbagai inisiatif harus dilakukan oleh
untuk mengelakkan tragedi terorisme daripada berlaku lagi.
3.
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput
mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.
Pejuang
Abadi
Demi cinta
bersemi ketamadunan hakiki
melaut kasih
pada keharmonian
Kamilah
pejuang pembangunan abadi
Akan kami
cincang cabaran merentang
Akan kami
tentang jejak melentang
Kamilah
pewaris menunjang pedang kerukunan
Dengan
benteng sejuta pagar keamanan
akan kami
wangikan seluruh maya
Menabur
bunga bijaksana bangsa
atas gemala
cita menyatu sejahtera
tidak akan
rebah dimamah sejarah
tidak akan goyah
dipatah dugaan
Kami
abadikan seluruh degup jantung
membina
cinta waja dalam sumpah
membentuk
tamadun tidak gegar.
4. Dalam mana-mana
tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi
kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti
bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan
pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara
terutamanya dalam tamadun Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan
bangsa. Namun begitu, pada pandangan saya, saya berasa semua orang mesti
sentiasa bersatu padu walaupun mempunyai pandangan yang berbeza masing-masing.
Perbezaan pandangan daripada pelbagai pihak tidak
semestinya akan mengakibatkan pertelingkahan dan penceraian antara rakyat. Jika
dilihat dari perspektif yang positif, pertelingkahan idea hanya akan berlaku
apabila sesuatu pihak berniat dan berusaha menjaga kepentingan negara sendiri.
Sebagai contoh, sejarah pembangunan Malaysia merupakan pengajaran yang baik
untuk semua. Dalam usaha membentukkan negara Malaysia, Tunku Abdul Rahman
bersama dengan Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta pemimpin-pemimpin yang
terdiri daripada pelbagai bangsa sudah mesti mempunyai pandangan yang berbeza.
Namun begitu, mereka telah berjaya mewujudkan sebuah negara yang merdeka dan
aman kepada semua rakyat dengan mempunyai sifat tolaransi dan
hormat-menghormati yang baik. Oleh itu, pada pandangan saya, perbezaan
pandangan tidak semestinya akan mengakibatkan penceraian rakyat, di sebaliknya
boleh membawa impak positif kepada negara sekiranya semua pihak mengamalkan
sifat toleransi dan hormat-menghormati. Semua pihak harus sentisa sedar bahawa
semua pandangan yang berbagai-bagai ini adalah demi kepentingan negara.
Di samping itu, dengan mempunyai pelbagai pandangan
terhadap sesuatu perkara, idea yang lebih bernas dapat dijanakan. Pandangan
tidak mempunyai betul atau salah. Namun, pandangan yang berbeza boleh
menyebabakan kita berfikir dan memotivasikan kita untuk menerokai jawapan yang
sebenar. Sebagai contoh, pandangan Dato’ Onn Jaafar untuk menjadikan Parti UMNO
sebagai parti yang berbilang kaum walaupun tidak mendapat persetujuan daripada
ahli-ahlinya pada ketika itu, namun telah menjadi penyumbang utama dalam
pembentukan Parti Ikatan yang mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat
pada zaman tersebut.
Kesimpulannya, semua pihak harus sentiasa
mengamalkan sifat hormat-menghormati dan toleransi apabila menyampaikan
pandangan mereka demi kesejahteraan negara. Mereka harus sentiasa mempunyai
“mindset” yang positif terhadap keadaan percanggahan pandangan kerana semua
pandangan ini adalah demi kepentingan negara. Oleh itu, perpaduan semua rakyat
Malaysia harus menjadi keutamaan untuk semua orang!
No comments:
Post a Comment