1. Berdasarkan video-video berkaitan ilmu
ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih
lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Mematuhi undang undang yang telah ditetapkan oleh
kerajaan Malaysia selagi tidak melanggar ajaran agama yang dianuti oleh rakyat
Malaysia.
2. Memupuk sikap bertimbang rasa antara rakyat Malaysia,
misalnya memberi tempat duduk di dalam pengangkutan awan kepada orang tua dan
wanita mengandung.
3. Menjaga amanah yang diberikan dan tidak
menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan supaya dapat menjaga nama baik
Malaysia.
4. Bersama sama membantu dalam usaha untuk mewujudkan
negara yang lebih baik dalam segi ekonomi dan kemajuan.
5. Menguasai bindang bidang yang mampu mengubah masa
depan Malaysia supaya menjadi maju dalam bidang teknologi.
6. Mengeratkan perpaduan bangsa dalam kalangan rakyat
Malaysia dan menghormati cara hidup kepelbagaian rakyat Malaysia.
7. Mengelakkan diri daripada menyentuh isu isu sensitif.
8. Menjaga nama baik Malaysia serta melindungi maklumat
rahsia negara.
9. Mengukuhkan semangat cinta akan Malaysia dengan cara
menyertai aktiviti yang dilakukan dalam bulan kemerdekaan.
10. Menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa,
agama ataupun umur.
2.
Dalam
kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan
dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal
ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang
Cina di Malaysia? Apakah orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan
bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Jihad
yang berasal daripada perkataan Arab ‘جهاد’ yang
bermaksud bersungguh-sungguh. Walaubagaimanapun, apabila istilah jihad
didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu
mempetaruhkan seluruh jiwa dan raga demi agama dan negara. Sebaliknya, jika
ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh membawa banyak
pengertian.Walaubagaimanapun,media Barat acapkali menonjolakn di media masa
bahawa Islam merupakan satu agama keganasan yang sering dikatkan dengan
perkataan jihad.
Daripada orang Melayu sendiri, yang
kebanyakan orang Islam, menyatakan pendapat
bahawa jihad tidak semestinya di medan perang sahaja. Menuntut ilmu juga
adalah salah satu jihad, menyebarkan dakwah juga adalah jihad. Jihad tidak
terbatas di medan perang sahaja, malah, setiap perkara yang memberi kebaikan
kepada agama Islam dianggap jihad selagi tidak mencemarkan ajaran agama Islam
itu sendiri.
Pada pandangan orang Cina pula, mereka
menyatakan bahawa jihad tidak seperti yang ditonjolkan oleh media Barat.
Daripada kehidupan mereka seharian yang dikelilingi orang Melayu yang kebanyakkan
beragama Islam, mereka menyatakan jihad sebagai cara untuk menyebarkan agama
Islam. Walaubagaimanapun, di sesetengah negara, terdapat segelintir extremist
yang bertindak agak melampau kerana sanggup membunuh orang yang menolak ajaran
Islam yang mereka sampaikan. Ini menyebabkan jihad dipandang negatif oleh media
Barat, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Orang India pula berpendapat bahawa jihad
adalah salah satu cara orang Islam menyebarkan ajaran Islam tanpa paksaan.
Orang beragama lain boleh mendengar dakwah yang disampaikan oleh orang Islam,
tetapi mereka tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam. Mereka diberi kebebasan
untuk memilih. Ini sama sekali membuktikan bahawa media Barat hanyalah
memburukan agama Islam.
Manakala di Sarawak pulak, orang Iban yang
beragama Kristian menyatakan jihad merupakan satu kaedah yang diamalkan oleh
orang Islam untuk meyebarkan dan melindungi ajaran Islam. Mereka akan
melindungi sekiranya ajaran atau kedudukan umat Islam diancam. Tetapi, mereka
mempunyai beberapa syarat yang perlu mereka patuhi sebelum berperang. Antara
syarat mereka ialah tidak boleh membunuh wanita ataupun kanak kanak, tidak
boleh merosakkan tempat beribadat, tidak boleh merosakkan tanaman dan haiwan
ternakan.
3. Kamu seorang sasterawan negara dan
dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.
Air sejuk di dalam telaga,
Malam gelap bulan purnama,
Tamadun punca akhlak dijaga,
Agama menjadi pegangan utama.
Waktu malam merentas benua,
Merusuk ke tulang dingin malamnya,
Tamadun memudahkan kehidupan semua,
Kemajuan dikecapi tiada hujungnya.
Pergi merantau membawa bekalan,
Singgah sebentar di tepi taman,
Sopan santun menjadi amalan,
Akhlak baik kekal berzaman.
4.
Dalam
mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi
kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti
bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Rakyat
Malaysia bersatu apabila berlaku sesuatu perkara, misalnya bencana yang menimpa
Malaysia ataupun negara jiran. Misalnya Tsunami pada tahun 2004 di Aceh,
Indonesia. Rakyat Malaysia bersatu hati menolong negara jiran dengan cara
mereka tersendiri. Ada yang memberi sumbangan dari segi bentuk wang ringgit,
pakaian, dan ada juga yang memberi bantuan dengan bentuk tenaga, dimana mereka
sendiri ke Aceh untuk menolong penduduk di sana memulakan proses pembersihan
selepas Tsunami.
Selain
itu, apabila ada kemangkatan sultan ataupun raja di Malaysia. Sebagaimana
rakyat Malaysia ketahui, kesetiaan kepada raja dan negara merupakan rukun
negara kedua. Apabila hilangnya ketua sesebuah negara, rakyat Malaysia
merasakan kesedihan atas pemergian yang dihadapi. Di samping itu, kita juga
digemparkan dengan kehilangan rakyat Malaysia bersama kapal terbang MH370, rakyat
Malaysia berasa hiba atas kehilangan dan berkabung atas tragedi tersebut.
Apabila
ada sukan peringkat antarabangsa, misalnya sukan Olimpik pada tahun 2016.
Rakyat Malaysia dengan sepenuh hati memberi sokongan kepala atlet atlet negara
supaya mereka dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Walaupun negara kita kecil jika dibandingkan dengan negara negara lain, kita
tetap mampu meraih pingat yang didambakan oleh Malaysia.
No comments:
Post a Comment