Wednesday, 12 October 2016

TUGASAN INDIVIDU (iFolio) - Leviniya A/P Gunaselan Thangaraj (A156273)

1.       Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1-Rangsangan keagamaan  yang membawa kepada kehidupan yang damai
2-Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai moral yang tinggi dan terpuji
3-Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi yang canggih
4-Persaingan dengan tamadun lain yang pelbagai mewujudkan interaksi antara tamadun
5-Kedudukan ekonomi, politik dan sosial dan intelektual yang kukuh
6-Kerjasama antara pelbagai masyarakat di Malaysia dapat mempertahankan negara daripada ancaman luar
7-Pemimpin yang berwibawa dapat mengamalkan strategi yang baik bagi kemajuan Tamadun Malaysia
8-Memantapkan pertahanan Malaysia dari segi bilangan angkatan, peralatan dan benteng pertahanan.
9-Sistem pentadbiran yang sistematik
10-Keadilan yang menyeluruh

2.       Dalam kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang Cina di Malaysia? Apakah orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa Islam tidak mensyariatkan sesuatu kecuali ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan manusia. Dalam Islam, Jihad disyariatkan supaya dalam keadaan tertentu di mana diperlukan ada cara dan kaedah yang telah dibenarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Selain itu, perang yang dilancarkan oleh Rasulullah SAW juga tidak mengandungi unsur-unsur keganasan, tidak melampaui batas dan juga mempunyai etika dan peraturan yang berperikemanusiaan. Selain itu, jihad dan peperangan bukanlah satu alat untuk menyebarkan agama Islam dengan memaksa manusia menganut agama Islam.
   Berdasarkan pandangan orang Cina di Malaysia, mereka juga berpendapat bahawa agama Islam tidak memaparkan sebarang keganasan dan tidak memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Sebaliknya, agama Islam adalah salah satu agama yang dianut oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Seterusnya, orang Cina juga berpendapat bahawa jihad tidak membawa ancaman kepada masyarakat Malaysia.
   Mengikut masyarakat Melayu pula,mereka berpendapat bahawa Jihad adalah amalan kebaikan yang Tuhan syariatkan dan menjadi sebab kukuh dan kemuliaan umat Islam. Namun mereka menyatakan, kebaikan ini harus memenuhi syarat ikhlas dan sesuai dengan syariat Islam. Jihad pada dasarnya amat berbeza dan amat asing dengan istilah terrorisme dan keganasan.
   Dari segi pandangan bangsa-bangsa lain pula, Jihad merupakan salah satu unsur agama Islam yang tidak mengugat kehidupan masyarakat lain di Malaysia.

3.       Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.

Tamadun Malaysia, tamadun indah,
Pelbagai kaum bersatu minda,
Hidup damai dan harmoni,
Perbezaan bahasa tidak menjadi halangan,
Hidup tanpa persengkataan,
Hidup tanpa perselisihan faham,
Perpaduan menjadi keutamaan,
Walaupun pelbagai ancaman,
Agama menjadi pegangan,
Inilah asas ketamadunan.

4.       Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.


Sebenarnya, perbezaan pelbagai parti politik dan pendapat menjadi kebiasaan masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia. Namun begitu, cara kita mengatasi pelbagai ancaman ini merupakan unsur penting yang menyatukan kita. Dalam situasi yang mengugat keamanan negara seperti, ekonomi yang runtuh, rakyat semua haruslah bersatu padu dan tidak berputus asa dalam menangani masalah ini. Selain itu, dalam pelbagai insiden yang menjatuhkan imej negara seperti kehilangan pesawat Malaysia, MH 370, masyarakat haruslah mengambil inisiatif untuk mendapatkan pendedahan berkenaan isu tersebut. Rakyat juga harus memainkan peranan apabila negara dijajah oleh negara lain dari segi ekonomi, politik, sosial dan teknologi. Dalam masa seperti inilah, rakyat harus berganding bahu dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara. 

No comments:

Post a Comment