Sunday, 30 October 2016

Gambar ahli kumpulan


Mohamed Rafiq Bin Mohd Radhuan
A153267
FFAR/2
Leviniya A/P Gunaselan Thangaraj
A156273
FFAR/2
Alicia Ong Su May
A152332
FFAR/2


Farah Nadiah Binti Amir
A153820
FFAR/2

Nur Fazlin Binti Ramli
A153608
FFAR/2

Nur Atikah Binti Jaafar
A153624
FFAR/2

Nor Haziqah Binti Mohd Shahrum
A152987
FFAR/2

Hong Ying Ying
A152588
FFAR/2

Tan Pei Qi
A156232
FFAR/2

Nurul Syuhada Binti Abdul Razak
A156045
FFAR/2 

Wednesday, 12 October 2016

TUGASAN INDIVIDU (iFolio) - Mohamed Rafiq bin Mohd Radhuan (A153267)

1.       Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

1.     Mematuhi undang undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia selagi tidak melanggar ajaran agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia.
2.     Memupuk sikap bertimbang rasa antara rakyat Malaysia, misalnya memberi tempat duduk di dalam pengangkutan awan kepada orang tua dan wanita mengandung.
3.     Menjaga amanah yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan supaya dapat menjaga nama baik Malaysia.
4.     Bersama sama membantu dalam usaha untuk mewujudkan negara yang lebih baik dalam segi ekonomi dan kemajuan.
5.     Menguasai bindang bidang yang mampu mengubah masa depan Malaysia supaya menjadi maju dalam bidang teknologi.
6.     Mengeratkan perpaduan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia dan menghormati cara hidup kepelbagaian rakyat Malaysia.
7.     Mengelakkan diri daripada menyentuh isu isu sensitif.
8.     Menjaga nama baik Malaysia serta melindungi maklumat rahsia negara.
9.     Mengukuhkan semangat cinta akan Malaysia dengan cara menyertai aktiviti yang dilakukan dalam bulan kemerdekaan.
10.  Menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa, agama ataupun umur.

2.       Dalam kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang Cina di Malaysia? Apakah orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?

Jihad yang berasal daripada perkataan Arab ‘جهاد yang bermaksud bersungguh-sungguh. Walaubagaimanapun, apabila istilah jihad didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempetaruhkan seluruh jiwa dan raga demi agama dan negara. Sebaliknya, jika ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh membawa banyak pengertian.Walaubagaimanapun,media Barat acapkali menonjolakn di media masa bahawa Islam merupakan satu agama keganasan yang sering dikatkan dengan perkataan jihad.
     Daripada orang Melayu sendiri, yang kebanyakan orang Islam, menyatakan pendapat  bahawa jihad tidak semestinya di medan perang sahaja. Menuntut ilmu juga adalah salah satu jihad, menyebarkan dakwah juga adalah jihad. Jihad tidak terbatas di medan perang sahaja, malah, setiap perkara yang memberi kebaikan kepada agama Islam dianggap jihad selagi tidak mencemarkan ajaran agama Islam itu sendiri.
     Pada pandangan orang Cina pula, mereka menyatakan bahawa jihad tidak seperti yang ditonjolkan oleh media Barat. Daripada kehidupan mereka seharian yang dikelilingi orang Melayu yang kebanyakkan beragama Islam, mereka menyatakan jihad sebagai cara untuk menyebarkan agama Islam. Walaubagaimanapun, di sesetengah negara, terdapat segelintir extremist yang bertindak agak melampau kerana sanggup membunuh orang yang menolak ajaran Islam yang mereka sampaikan. Ini menyebabkan jihad dipandang negatif oleh media Barat, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
     Orang India pula berpendapat bahawa jihad adalah salah satu cara orang Islam menyebarkan ajaran Islam tanpa paksaan. Orang beragama lain boleh mendengar dakwah yang disampaikan oleh orang Islam, tetapi mereka tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam. Mereka diberi kebebasan untuk memilih. Ini sama sekali membuktikan bahawa media Barat hanyalah memburukan agama Islam.
     Manakala di Sarawak pulak, orang Iban yang beragama Kristian menyatakan jihad merupakan satu kaedah yang diamalkan oleh orang Islam untuk meyebarkan dan melindungi ajaran Islam. Mereka akan melindungi sekiranya ajaran atau kedudukan umat Islam diancam. Tetapi, mereka mempunyai beberapa syarat yang perlu mereka patuhi sebelum berperang. Antara syarat mereka ialah tidak boleh membunuh wanita ataupun kanak kanak, tidak boleh merosakkan tempat beribadat, tidak boleh merosakkan tanaman dan haiwan ternakan.

3.       Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.

Air sejuk di dalam telaga,
Malam gelap bulan purnama,
Tamadun punca akhlak dijaga,
Agama menjadi pegangan utama.

Waktu malam merentas benua,
Merusuk ke tulang dingin malamnya,
Tamadun memudahkan kehidupan semua,
Kemajuan dikecapi tiada hujungnya.

Pergi merantau membawa bekalan,
Singgah sebentar di tepi taman,
Sopan santun menjadi amalan,
Akhlak baik kekal berzaman.

4.       Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

Rakyat Malaysia bersatu apabila berlaku sesuatu perkara, misalnya bencana yang menimpa Malaysia ataupun negara jiran. Misalnya Tsunami pada tahun 2004 di Aceh, Indonesia. Rakyat Malaysia bersatu hati menolong negara jiran dengan cara mereka tersendiri. Ada yang memberi sumbangan dari segi bentuk wang ringgit, pakaian, dan ada juga yang memberi bantuan dengan bentuk tenaga, dimana mereka sendiri ke Aceh untuk menolong penduduk di sana memulakan proses pembersihan selepas Tsunami.
Selain itu, apabila ada kemangkatan sultan ataupun raja di Malaysia. Sebagaimana rakyat Malaysia ketahui, kesetiaan kepada raja dan negara merupakan rukun negara kedua. Apabila hilangnya ketua sesebuah negara, rakyat Malaysia merasakan kesedihan atas pemergian yang dihadapi. Di samping itu, kita juga digemparkan dengan kehilangan rakyat Malaysia bersama kapal terbang MH370, rakyat Malaysia berasa hiba atas kehilangan dan berkabung atas tragedi tersebut.

Apabila ada sukan peringkat antarabangsa, misalnya sukan Olimpik pada tahun 2016. Rakyat Malaysia dengan sepenuh hati memberi sokongan kepala atlet atlet negara supaya mereka dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Walaupun negara kita kecil jika dibandingkan dengan negara negara lain, kita tetap mampu meraih pingat yang didambakan oleh Malaysia.

TUGASAN INDIVIDU (iFolio) - Leviniya A/P Gunaselan Thangaraj (A156273)

1.       Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1-Rangsangan keagamaan  yang membawa kepada kehidupan yang damai
2-Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai moral yang tinggi dan terpuji
3-Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi yang canggih
4-Persaingan dengan tamadun lain yang pelbagai mewujudkan interaksi antara tamadun
5-Kedudukan ekonomi, politik dan sosial dan intelektual yang kukuh
6-Kerjasama antara pelbagai masyarakat di Malaysia dapat mempertahankan negara daripada ancaman luar
7-Pemimpin yang berwibawa dapat mengamalkan strategi yang baik bagi kemajuan Tamadun Malaysia
8-Memantapkan pertahanan Malaysia dari segi bilangan angkatan, peralatan dan benteng pertahanan.
9-Sistem pentadbiran yang sistematik
10-Keadilan yang menyeluruh

2.       Dalam kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang Cina di Malaysia? Apakah orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa Islam tidak mensyariatkan sesuatu kecuali ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan manusia. Dalam Islam, Jihad disyariatkan supaya dalam keadaan tertentu di mana diperlukan ada cara dan kaedah yang telah dibenarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Selain itu, perang yang dilancarkan oleh Rasulullah SAW juga tidak mengandungi unsur-unsur keganasan, tidak melampaui batas dan juga mempunyai etika dan peraturan yang berperikemanusiaan. Selain itu, jihad dan peperangan bukanlah satu alat untuk menyebarkan agama Islam dengan memaksa manusia menganut agama Islam.
   Berdasarkan pandangan orang Cina di Malaysia, mereka juga berpendapat bahawa agama Islam tidak memaparkan sebarang keganasan dan tidak memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Sebaliknya, agama Islam adalah salah satu agama yang dianut oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Seterusnya, orang Cina juga berpendapat bahawa jihad tidak membawa ancaman kepada masyarakat Malaysia.
   Mengikut masyarakat Melayu pula,mereka berpendapat bahawa Jihad adalah amalan kebaikan yang Tuhan syariatkan dan menjadi sebab kukuh dan kemuliaan umat Islam. Namun mereka menyatakan, kebaikan ini harus memenuhi syarat ikhlas dan sesuai dengan syariat Islam. Jihad pada dasarnya amat berbeza dan amat asing dengan istilah terrorisme dan keganasan.
   Dari segi pandangan bangsa-bangsa lain pula, Jihad merupakan salah satu unsur agama Islam yang tidak mengugat kehidupan masyarakat lain di Malaysia.

3.       Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.

Tamadun Malaysia, tamadun indah,
Pelbagai kaum bersatu minda,
Hidup damai dan harmoni,
Perbezaan bahasa tidak menjadi halangan,
Hidup tanpa persengkataan,
Hidup tanpa perselisihan faham,
Perpaduan menjadi keutamaan,
Walaupun pelbagai ancaman,
Agama menjadi pegangan,
Inilah asas ketamadunan.

4.       Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.


Sebenarnya, perbezaan pelbagai parti politik dan pendapat menjadi kebiasaan masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia. Namun begitu, cara kita mengatasi pelbagai ancaman ini merupakan unsur penting yang menyatukan kita. Dalam situasi yang mengugat keamanan negara seperti, ekonomi yang runtuh, rakyat semua haruslah bersatu padu dan tidak berputus asa dalam menangani masalah ini. Selain itu, dalam pelbagai insiden yang menjatuhkan imej negara seperti kehilangan pesawat Malaysia, MH 370, masyarakat haruslah mengambil inisiatif untuk mendapatkan pendedahan berkenaan isu tersebut. Rakyat juga harus memainkan peranan apabila negara dijajah oleh negara lain dari segi ekonomi, politik, sosial dan teknologi. Dalam masa seperti inilah, rakyat harus berganding bahu dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara. 

TUGASAN INDIVIDU (iFolio) - Nurul Syuhada Binti Abdul Razak (A156045)

1.       Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1)     Setiap rakyat Malaysia hendaklah diberikan layanan yang sama rata dari segi undang-undang.
2)     Hak asasi setiap rakyat perlulah dilindungi dan tidak dinafikan.
3)     Kerajaan perlulah merangka strategi untuk memantapkan ekonomi negara dan mengurus tadbir sumber alam dengan lebih sistematik.
4)     Setiap rakyat Malaysia perlulah menyemai rasa tanggungjawab untuk menyumbang ke arah kemajuan negara dengan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan potensi diri dalam apa jua bidang.
5)     Negara Malaysia hendaklah mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar.
6)     Memupuk sikap bersatu padu dan toleransi antara kaum supaya keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.
7)     Rakyat Malaysia melengkapkan diri dengan akhlak yang baik dan meningkatkan rasa cinta akan negara.
8)     Rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan mempunyai semangat untuk berubah ke arah yang lebih baik.
9)     Memastikan setiap rakyat mendapat akses ke sistem pendidikan negara kerana pendidikan merupakan asas untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun.
10)  Rakyat Malaysia perlulah bijak memilih pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab dalam mentadbir negara.


2.       Dalam kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang Cina di Malaysia? Apakah pandangan orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?

Dalam kalangan sebahagian media barat, mereka cuba menonjolkan bahawa islam merupakan agama keganasan dan mengetengahkan jihad  sebagai puncanya. Agama islam dipotretkan sebagai agama yang menyokong peperangan. Sudah tentu, perkara ini akan menjejaskan imej agama islam itu sendiri dan menyebabkan fenomena islamophobia tercetus, terutamanya di luar negara.

Pandangan orang cina dan bangsa-bangsa lain di Malaysia berkaitan perkara ini adalah mereka kurang faham apakah maksud jihad yang sebenarnya. Dan daripada pemerhatian mereka, hanya segelintir sahaja orang islam yang terlibat dengan keganasan dan tidak melambangkan keseluruhan masyarakat islam. Di Malaysia, kita dapat lihat bahawa, walaupun kita terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, kita masih dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta  menghormati budaya dan pegangan masing-masing.

Pandangan orang melayu terhadap perkara ini adalah mereka menolak perkara yang digembar-gemburkan oleh media barat yang mengatakan agama islam merupakan agama keganasan. Islam merupakan agama yang membawa kepada kedamaian dan tidak menggalakkan penganutnya untuk terlibat dengan peperangan atau keganasan. Jihad membawa maksud berusaha bersunggguh-sungguh  mencapai hal-hal yang diredhai oleh Allah seperti iman dan amal saleh, sekaligus untuk menolak hal-hal yang dibenci-Nya seperti kekufuran, kefasikan, dan kemaksiatan. Manakala, jihad peperangan dalam islam dilakukan dalam situasi untuk mempertahankan diri, keyakinan dan tanah air daripada serangan musuh. Tindakan sesetengah kumpulan yang melakukan serangan dan keganasan serta mengaitkannya dengan jihad telah membuatkan masyarakat bukan islam memandang serong kepada agama islam.

3.       Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.
Bukan mudah untuk kita berada di tahap ini,
Terlalu banyak pengorbanan,
Telah banyak usaha dan keringat dicurahkan,
Demi membangunkanmu,
Malaysia.
Mempertahankan warisan ini,
Bukanlah satu perkara yang mudah,
Apatah lagi pada era modenisasi ini,
Tetapi,
Demi Malaysia tercinta,
Akan ku lakukan apa sahaja.

4.       Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.


Perbezaan pendapat dan kewujudan pelbagai parti politik merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam sesebuah negara. Bahkan, perbezaan ini tidak semestinya akan membawa kepada perpecahan dan pergolakan. Selagi mana setiap pendukung sesuatu parti politik itu mengetahui batas dan bersikap matang dalam membawa dan mengetengahkan ideologi masing-masing, tanpa menggunakan taktik kotor dan menjatuhkan mana-mana pihak, keamanan dan kestabilan negara masih boleh dikekalkan. Oleh yang demikian, saya percaya bahawa setiap rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersatu-padu dalam apa jua keadaan walaupun mempunyai pandangan dan latar belakang yang berbeza. Walaupun setiap parti politik mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam memajukan dan mentadbir negara, tetapi semua parti ini sebenarnya mempunyai matlamat yang sama iaitu mengekalkan kelangsungan negara. Oleh itu, perbezaan pendapat tidak boleh dijadikan alasan untuk memecah-belahkan  kesepaduan rakyat. 

Tuesday, 11 October 2016

TUGASAN INDIVIDU (iFolio) - Nor Haziqah Binti Mohd Shahrum (A152987)

1.       Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

-   Pemimpin yang adil
-   Menjaga ekonomi kewangan
-   Rakyat hidup dalam keadaan aman
-   Kreatif dan inovasi dalam mencipta sesuatu perkara
-   Peka terhadap teknologi semasa
-   Menjadikan rakyat Malaysia yang berintelektual tinggi
-   Berdaya saing dengan negara – negara hebat yang lain
-   Mengutamakan sistem pendidikan yang berkualiti dan sistematik
-   Berakhlak mulia tidak mengira kaum, bangsa dan agama
-   Melaksanakan undang – undang dengan telus dan amanah

2.       Dalam kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang Cina di Malaysia? Apakah orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?

Pada pandangan orang Melayu yang beragama islam, mereka mengatakan bahawa keganasan dan jihad adalah dua perkara yang berbeza. Agama islam tidak menyuruh penganutnya melakukan keganasan terhadap orang lain tanpa sebab yang munasabah. Bahkan dalam sesuatu peperangan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi seperti tidak memusnahkan tempat ibadat agama lain. Orang yang berjihad pula tidak akan melakukan keganasan dan kezaliman sesuka hati. Mereka hanya berjihad untuk mempertahankan Islam. Bagi pendapat bangsa dan agama yang lain, sebahagian daripada mereka menyatakan Islam adalah pengganas. Peristiwa – peristiwa seperti 11 September dan pengeboman di Paris menyebabkan mereka berkata sedemikian. Namun begitu, sesetengah daripada mereka berkata bahawa agama Islam bukan agama pengganas. Walaupun persitiwa – peristiwa di atas membabitkan orang Islam tetapi mereka tidak menyalahkan orang Islam secara keseluruhannya.

3.       Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.

Setiap kemajuan dimulai dengan sesuatu,
Majunya kita kerana tamadun terdahulu,
Tanpa budi pekerti,
Tanpa perkembangan manusia,
Tanpa undang – undang,
Tanpa pembangunan pemikiran,
Tiadalah kemajuan,
Bermula tamadun dengan masyarakatnya,
Terus berkembang dengan sistem organisasinya,
Terus maju hingga ke anak cucu,
Bersyukurlah dengan ketamadunan ini,
Tanpa mereka siapalah kita

4.       Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.


Rakyat Malaysia mestilah berbincang dan bermesyuarat dalam mencapai sesuatu keputusan yang tepat. Ini kerana perbincangan dapat menghasilkan keputusan yang terbaik kepada semua orang. Selain itu, rakyat juga seharusnya berusaha menjadi modal insan terbilang dan memiliki pesonaliti yang unggul. Secara tidak langsung dapat menjaga keamanan negara yang berbilang kaum. Rakyat juga perlu mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan melibatkan diri dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan amat penting dalam menyatukan rakyat kerana dapat melahirkan insan – insan yang hebat di mata dunia. Di samping itu, rakyat seharusnya mengelakkan diri daripada kancah- kancah negatif. Gejala negatif yang berlaku sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepercayaan antara satu sama lain dan sukar untuk bersatu.

TUGASAN INDIVIDU (iFolio) - Nur Atikah Binti Jaafar (A153624)

1.       Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

1.     Kedudukan politik yang kukuh
2.     Perpaduan rakyat yang kuat
3.     Menghayati nilai keagaaman dan budaya
4.     Penghayatan tinggi terhadap nilai moral dan kemanusiaan
5.     Pengalaman kesengsaraan hidup supaya dapat belajar dari kesilapan
6.     Mempunyai sikap toleransi yang tinggi terhadap satu sama lain
7.     Kearah keadilan
8.     Membanteras perilaku yang zalim dan tidak jujur
9.     Terbuka kepada perubahan
10.   Mengambil serius tahap pendidikan dan menjadikan ilmu sebagai benteng negara.

2.       Dalam kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang Cina di Malaysia? Apakah orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?

Pandangan orang India: Sebelum kamu menjelaskan maksud sebenar jihad, saya turut terpengaruh dengan persepsi yang dibawa oleh media Barat bahawa Islam adalah agama keganasan. Namun begitu, kini setelah saya fahami, saya tidak setuju apabila Islam dikaitkan dengan agama keganasan. Ini adalah kerana berdasarkan pemerhatian saya selama saya berkawan dengan kawan-kawan Islam, mereka sering mengelak dari melakukan keganasan, bahkan melarang.
Pandangan orang Cina: Walaupun saya juga sedikit terpengaruh namun begitu, saya beranggapan setiap agama mempunyai kelemahan dan kebaikan tersendiri yang dibawa oleh penganutnya bukan agamanya. Sikap penganutnya mencerminkan sifat agama tersebut.
Pandangan orang Melayu: Masyarakat pada zaman sekarang mudah terpengaruh dengan apa-apa yang dibawa oleh pihak media. Jihad itu indah, namun telah dirosakkan maksudnya oleh sebahagian pihak ‘extereminist’ dan seterusnya member impak negatif kepada agama kita.

3.       Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.

Tamadunku,
Tamadun Islamku,
Tamadun Cinaku,
Tamadun Indiaku,
Tamadun apa sekalipun,
Tetap tamadun negaraku.
Aku seru rakyat Malaysia,
Bersatu bersama-sama,
Tetap berpimpinan tangan bersama-bersama,
Menyimpan sejarah tamadun kita bersama-sama,
Kemas walaupun globalisasi menghimpit kita.

4.       Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.


Walaupun terdapat pelbagai perbezaan pendapat dan parti politik, semua orang mesti bersatu semula apabila sebagai contoh negara tersebut mengalami dugaan seperti malapetaka banjir atau gempa bumi. Semua orang haruslah bersatu berganding bahu untuk menolong mereka yang terjejas akibat malapetaka tersebut dan berusaha untuk mengembalikan pembangunan tempat tersebut. Sebagai contoh di Jepun selepas serangan bom di Hiroshima di mana mereka menolong satu sama lain selepas tragedy tersebut sehingga negara  tersebut pulih. Selain itu, semua orang perlu bersatu semula apabila terdapat sesuatu isu timbul yang boleh memecahbelahkan perpaduan dalam sesuatu negara tersebut. Contohnya di Malaysia, apabila rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969. Sebagai rakyat yang bertamadun dan belajar dari kesilapan, rakyat seharusnya sedar kepentingan perpaduan dalam negara kita dan berusaha bersama-sama untuk membanteras sebarang ideologi yang boleh menyebabkan rusuhan kaum.