Wednesday, 12 October 2016

TUGASAN INDIVIDU (iFolio) - Nurul Syuhada Binti Abdul Razak (A156045)

1.       Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1)     Setiap rakyat Malaysia hendaklah diberikan layanan yang sama rata dari segi undang-undang.
2)     Hak asasi setiap rakyat perlulah dilindungi dan tidak dinafikan.
3)     Kerajaan perlulah merangka strategi untuk memantapkan ekonomi negara dan mengurus tadbir sumber alam dengan lebih sistematik.
4)     Setiap rakyat Malaysia perlulah menyemai rasa tanggungjawab untuk menyumbang ke arah kemajuan negara dengan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan potensi diri dalam apa jua bidang.
5)     Negara Malaysia hendaklah mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar.
6)     Memupuk sikap bersatu padu dan toleransi antara kaum supaya keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.
7)     Rakyat Malaysia melengkapkan diri dengan akhlak yang baik dan meningkatkan rasa cinta akan negara.
8)     Rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan mempunyai semangat untuk berubah ke arah yang lebih baik.
9)     Memastikan setiap rakyat mendapat akses ke sistem pendidikan negara kerana pendidikan merupakan asas untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun.
10)  Rakyat Malaysia perlulah bijak memilih pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab dalam mentadbir negara.


2.       Dalam kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temu duga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apakah pandangan orang Cina di Malaysia? Apakah pandangan orang Melayu di Malaysia? Apakah pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?

Dalam kalangan sebahagian media barat, mereka cuba menonjolkan bahawa islam merupakan agama keganasan dan mengetengahkan jihad  sebagai puncanya. Agama islam dipotretkan sebagai agama yang menyokong peperangan. Sudah tentu, perkara ini akan menjejaskan imej agama islam itu sendiri dan menyebabkan fenomena islamophobia tercetus, terutamanya di luar negara.

Pandangan orang cina dan bangsa-bangsa lain di Malaysia berkaitan perkara ini adalah mereka kurang faham apakah maksud jihad yang sebenarnya. Dan daripada pemerhatian mereka, hanya segelintir sahaja orang islam yang terlibat dengan keganasan dan tidak melambangkan keseluruhan masyarakat islam. Di Malaysia, kita dapat lihat bahawa, walaupun kita terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, kita masih dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta  menghormati budaya dan pegangan masing-masing.

Pandangan orang melayu terhadap perkara ini adalah mereka menolak perkara yang digembar-gemburkan oleh media barat yang mengatakan agama islam merupakan agama keganasan. Islam merupakan agama yang membawa kepada kedamaian dan tidak menggalakkan penganutnya untuk terlibat dengan peperangan atau keganasan. Jihad membawa maksud berusaha bersunggguh-sungguh  mencapai hal-hal yang diredhai oleh Allah seperti iman dan amal saleh, sekaligus untuk menolak hal-hal yang dibenci-Nya seperti kekufuran, kefasikan, dan kemaksiatan. Manakala, jihad peperangan dalam islam dilakukan dalam situasi untuk mempertahankan diri, keyakinan dan tanah air daripada serangan musuh. Tindakan sesetengah kumpulan yang melakukan serangan dan keganasan serta mengaitkannya dengan jihad telah membuatkan masyarakat bukan islam memandang serong kepada agama islam.

3.       Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.
Bukan mudah untuk kita berada di tahap ini,
Terlalu banyak pengorbanan,
Telah banyak usaha dan keringat dicurahkan,
Demi membangunkanmu,
Malaysia.
Mempertahankan warisan ini,
Bukanlah satu perkara yang mudah,
Apatah lagi pada era modenisasi ini,
Tetapi,
Demi Malaysia tercinta,
Akan ku lakukan apa sahaja.

4.       Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan manakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.


Perbezaan pendapat dan kewujudan pelbagai parti politik merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam sesebuah negara. Bahkan, perbezaan ini tidak semestinya akan membawa kepada perpecahan dan pergolakan. Selagi mana setiap pendukung sesuatu parti politik itu mengetahui batas dan bersikap matang dalam membawa dan mengetengahkan ideologi masing-masing, tanpa menggunakan taktik kotor dan menjatuhkan mana-mana pihak, keamanan dan kestabilan negara masih boleh dikekalkan. Oleh yang demikian, saya percaya bahawa setiap rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersatu-padu dalam apa jua keadaan walaupun mempunyai pandangan dan latar belakang yang berbeza. Walaupun setiap parti politik mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam memajukan dan mentadbir negara, tetapi semua parti ini sebenarnya mempunyai matlamat yang sama iaitu mengekalkan kelangsungan negara. Oleh itu, perbezaan pendapat tidak boleh dijadikan alasan untuk memecah-belahkan  kesepaduan rakyat. 

No comments:

Post a Comment